Salam to all my CR7LYN viewer... SINCERITY is a natural spring of water.SMILE is the first step of a new life. So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.
RSS

UjIAn ItU rAhSia ALLAH SWT


Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Thanks to..
Zalikha
editOr:mawaryangtinggi


0 comments

HaTi iTu KuNci


Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;

'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:

'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)


0 comments

Perspektif Ikim: Generasi muda Muslim mesti timba ilmu, beriman untuk berjaya

(IKIM)Institut Kemajuan Islam Malaysia

SETIAP tahun ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Kolej Matrikulasi mengikuti pelbagai program pengajian pada peringkat diploma dan ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini. Namun di sebalik kejayaan anak-anak ini, pelbagai cerita tidak enak didengar. Ada mahasiswa ponteng kuliah, tidak menghormati pensyarah, merokok, dadah, suka berfoya-foya. Ada mahasiswi hanya bertudung ketika di kampus tetapi tidak di luar. Kebanyakan mereka yang bermasalah ini adalah Melayu Islam. Ada yang sudah tidak mendengar nasihat ibu bapa, menganggap diri sudah besar dan angkuh dengan status sebagai mahasiswa. Mempunyai sikap keras kepala, tidak menghormati orang tua, dan sudah pandai menipu keluarga bila ditanya mengenai kehidupan di kampus. Malah ada yang terjebak dengan jenayah. Mengapa perkara ini berlaku?
Jika ditinjau bangsa lain seperti pelajar Cina dan India yang berada di IPT, mereka amat menghargai serta tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi. Mereka tekun belajar, menumpukan sepenuh perhatian, tidak suka membuang masa, menubuhkan kumpulan belajar masing-masing, rajin bertanya pensyarah dan rajin mencari rujukan tambahan berbanding pelajar Melayu. Hari ini kita lihat ramai orang Islam yang mengamalkan agama Islam hanya setakat bersembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Agama hanya dilihat sebagai perbuatan yang perlu dilakukan sedangkan agama Islam adalah suatu cara hidup yang perlu diterapkan dalam kehidupan. Mungkin sebab itu kita lihat mahasiswa kurang agamanya dari segi sikap dan tingkah laku. Ibu bapa dan pendidik juga perlu bekerjasama bagi memastikan banyak bahan bacaan berunsur agama dekat dengan remaja. Anak muda lebih gemar membaca majalah hiburan, berita sensasi artis, serta bahan bacaan ringan yang tidak memerlukan berfikir. Remaja Islam perlu didedahkan dengan watak Salahuddin al-Ayubi, Abdul Rahman bin Auf, contohnya.
Umat Islam juga kurang berfikir. Mereka hanya menerima ilmu namun kurang berfikir, mentafsir serta memahami apa yang dibaca. Akibatnya timbul ‘budaya kakak tua‘ yang hanya meluahkan saja apa yang dipelajari tanpa mengemukakan pendapat sendiri. Budaya ini amat ketara di IPT. Kebanyakan mereka ini amat suka pensyarah yang menyuapkan segala maklumat kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mencari bahan. Apabila kurang berfikir maka mereka mudah terikut-ikut. Ini mungkin kerana didikan ketika kecil, kita selalu dilarang oleh orang tua-tua untuk banyak bertanya sedangkan pakar kanak-kanak mengatakan anak sepatutnya digalakkan bertanya. Soalan yang ditimbulkan anak menunjukkan mereka sedang berfikir dan ia suatu proses yang positif. Sebagai orang Islam kita digalakkan bukan hanya membaca al-Quran tetapi memahami isi kandungannya. Apabila faham maksud ayat barulah boleh berfikir dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Tetapi masyarakat membaca al-Quran hanya untuk khatam dan mengadakan majlis besar-besaran; ataupun untuk mendengar suara paling merdu apabila membaca al-Quran. Cabaran dari luar terhadap remaja juga tidak kurang hebatnya. Mereka ‘diserang’ dari semua arah, media elektronik dan cetak. Anak terdedah dengan pelbagai budaya di luar batasan agama umpamanya televisyen memaparkan wanita tidak bertudung dengan fesyen pakaian mengghairahkan serta adegan bergaduh dan hasad dengki.
Paling malang semua pelakon adalah orang Melayu Islam. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan remaja menyemai fikrah Islam sebenar? Ramai mahasiswa hari ini lebih bertumpu kepada soal mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat belajar. Mereka lebih memikirkan hal pangkat, jawatan dan tangga gaji. Tidak guna segulung ijazah jika sikap dan perangai tidak mempamerkan nilai murni seorang Islam. Penulis adalah Pegawai Penyelidik,
*Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM). Oleh Mastura Mohd Zain
1 comments

The Only One Soul

New era,
New semester,
New Vision,
New Mission,
New Objective,
New Goal,
New Focus,
=I am still the same person... 1 comments

End of Semester 4

Syukur Alhamdulillah...at last dapat lyn singgah kat blog.Lame juga xupdate blog ni..
maklumlah, sem ni banyak commitment diperlukan and fully needed dalam settlekan setiap thesis and assessment. Final pun just around the corner...so need to well prepared. Sem ni juga lyn akan ambil intersesi. Tak dapat cutilah nampak gayanya. Tapi xpe,demi masa depan, anything its gonna be okay. Lepas exam 11 hb May 2009, kami skuad 4 suksis akan ke Marin, di Tampoi insya-Allah.
Dalam sem ni banyak juga perkara baru dalam hidup lyn bermula..tapi xpasti samada there is the starting part or the opposite. Banyak perkara dan pengalaman baru dapat lyn rasai. Sem ni juga banyak perkara sedih yang lyn dapat rasai bersama kawan2 yang kehilangan orang disayangi. Terutama kedua Ibu dan Ayah...setiap kali sebut tentang mak Ayah hati lyn cepat sangat sebak. Macamanalah nak tepuh hari yang sukar nanti. Mudah-mudahan Allah swt tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman.

Whatever Family First...
0 comments

Bila Diri Disayangi



Ukays (UK's) - Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

***
Tiada sesiapa di dunia ini yang tidak ingin disayangi,
Bagi yang telah disayangi oleh seseorang hargailah insan itu seadanya,
Tiada balasan yang besar dipinta,
Cuma sekelumit keikhlasan lahir dihatinya,sudah memadai...
***



Syukur, Alhamdulillah.
Terima Kasih pada yang menyayangi dan menghargai saya selama ini...
Namamu, dan segala pengorbananmu akan terpahat hingga ke akhir hayatku...
Doaku sentiasa bersamamu...amin
2 comments

Mission Complete: 2008 Suksis Activities


Ahamdulillah kepada Allah swt. Segala aktiviti yang dijalankan samada di FRIM dan Program anak angkat di Pulau Duyong Terengganu,semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun cuaca di Pantai Timur pada hujung tahun adalah musim tengkujuh, dikatakan musim banjir. Aktiviti kami tetap berjalan dengan lancar. Hmm..cuaca maklum sajelah, sekejap hujan sekejap panas. Demam dan batuk dibuatnya. Yang paling penting, saya seronok sangat dengan aktiviti tahunan suksis. Dapatlah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti (program anak angkat ,gotong-royong, berzanji, bernasyid,derma darah, solat berjamaah bersama penduduk kampung, sukan rakyat, ke pasar payang, melawat Masjid Kristal dan Taman Tamadun) semuanya penuh pengisian yang berfaedah, terutama di musim cuti semester. Jadi takdelah boring duduk di rumah.
Selain mengikuti program anak angkat di Pulau Duyong, saya dan kawan-kawan sempat singgah ke Pertandingan Monsun Cup..dapatlah lihat kapal-kapal layar yang sedang bertanding. Selama 5hari di Terengganu, banyak yang saya pelajari semasa program anak angkat..dapatlah juga pelajari dan tambah skill loghat Terengganu walaupun selalu jejak ke Terengganu di rumah Abang Long. Di sana juga saya banyak perhatikan budaya masyarakat di P.Duyong, semuanya baik-baik belaka. Orang kampung bersatu menjayakan program anak angkat bersama pihak Suksis. Yang paling tidak akan saya lupakan ialah, belajar berzanji dan rawi bersama bonda-bonda angkat saya . Walaupun lagu berzanji agak berbeza dengan di Melaka dan Johor, tapi ianya sungguh bermakna. Pengalaman baru...di tempat orang...jadi kenalah ikut rentak dan ragamnya.
***
Buat Ayahanda dan Bonda Di Terengganu Hj Adnan dan Hjh Fauziah, Pn Rozita dan anak-anak yang sangat comel. Doa anakanda Alyn sentiasa bersamamu...Terima Kasih yang tak terhingga. Mudah-mudahan Ayahanda cepat sembuh. Amin....
**
Tidak lupa juga kepada Jurulatih Skuad 4 En. Khalid , En. Rahmat ,Skd 5 En.Wadi dan para Pegawai. Anda semua adalah yang terbaik dalam yang terbaik.
Untuk semua anggota sepasukan skuad 4, we are the Champion of Champion..
together, forever...
Sampai bertemu di semester yang akan datang.
Salam.
*
0 comments