Salam to all my CR7LYN viewer... SINCERITY is a natural spring of water.SMILE is the first step of a new life. So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.
RSS

Bila Diri Disayangi



Ukays (UK's) - Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

***
Tiada sesiapa di dunia ini yang tidak ingin disayangi,
Bagi yang telah disayangi oleh seseorang hargailah insan itu seadanya,
Tiada balasan yang besar dipinta,
Cuma sekelumit keikhlasan lahir dihatinya,sudah memadai...
***



Syukur, Alhamdulillah.
Terima Kasih pada yang menyayangi dan menghargai saya selama ini...
Namamu, dan segala pengorbananmu akan terpahat hingga ke akhir hayatku...
Doaku sentiasa bersamamu...amin
2 comments

Mission Complete: 2008 Suksis Activities


Ahamdulillah kepada Allah swt. Segala aktiviti yang dijalankan samada di FRIM dan Program anak angkat di Pulau Duyong Terengganu,semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun cuaca di Pantai Timur pada hujung tahun adalah musim tengkujuh, dikatakan musim banjir. Aktiviti kami tetap berjalan dengan lancar. Hmm..cuaca maklum sajelah, sekejap hujan sekejap panas. Demam dan batuk dibuatnya. Yang paling penting, saya seronok sangat dengan aktiviti tahunan suksis. Dapatlah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti (program anak angkat ,gotong-royong, berzanji, bernasyid,derma darah, solat berjamaah bersama penduduk kampung, sukan rakyat, ke pasar payang, melawat Masjid Kristal dan Taman Tamadun) semuanya penuh pengisian yang berfaedah, terutama di musim cuti semester. Jadi takdelah boring duduk di rumah.
Selain mengikuti program anak angkat di Pulau Duyong, saya dan kawan-kawan sempat singgah ke Pertandingan Monsun Cup..dapatlah lihat kapal-kapal layar yang sedang bertanding. Selama 5hari di Terengganu, banyak yang saya pelajari semasa program anak angkat..dapatlah juga pelajari dan tambah skill loghat Terengganu walaupun selalu jejak ke Terengganu di rumah Abang Long. Di sana juga saya banyak perhatikan budaya masyarakat di P.Duyong, semuanya baik-baik belaka. Orang kampung bersatu menjayakan program anak angkat bersama pihak Suksis. Yang paling tidak akan saya lupakan ialah, belajar berzanji dan rawi bersama bonda-bonda angkat saya . Walaupun lagu berzanji agak berbeza dengan di Melaka dan Johor, tapi ianya sungguh bermakna. Pengalaman baru...di tempat orang...jadi kenalah ikut rentak dan ragamnya.
***
Buat Ayahanda dan Bonda Di Terengganu Hj Adnan dan Hjh Fauziah, Pn Rozita dan anak-anak yang sangat comel. Doa anakanda Alyn sentiasa bersamamu...Terima Kasih yang tak terhingga. Mudah-mudahan Ayahanda cepat sembuh. Amin....
**
Tidak lupa juga kepada Jurulatih Skuad 4 En. Khalid , En. Rahmat ,Skd 5 En.Wadi dan para Pegawai. Anda semua adalah yang terbaik dalam yang terbaik.
Untuk semua anggota sepasukan skuad 4, we are the Champion of Champion..
together, forever...
Sampai bertemu di semester yang akan datang.
Salam.
*
0 comments

Exam SUKSIS 25hb Okt 2008


Bergambar sebelum exam...macam-macam gaya. Apa-apa pun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Soalan yang susah pun jadi mudah untuk dijawab.

East wing...ladies skd 4


West wing...ladies skd 4


Bergambar selepas perperiksaan suksis...bersama jurulatih kami Sarjan Khalid. Susah nak dapat bergambar dengan Srjn Khalid. Lebih-lebih lagi bila Srjn beruniform POLIS. Masa nilah kami ambil peluang untuk bergambar bersama..hehehe...Al-maklumlah saya yang ambil gambar, jadi tak adalah wajah saya dalam gambar ni. Takpelah lain kali...


Baru lepas 1 paper final, legalah sikit...tapi,
30hb November 2008 bermulalah musim final exam..
*****
P/S:
"Selamat Menduduki Final Exam kepada semua Anggota SUKSIS SKD 4, dengan adanya USAHA, DOA & TAWAKAL insya-Allah...kita sama-sama akan BERJAYA".
***
"Doakan Kejayaan Bersama...amin..."
**
GAMBATEH!!!
*
Sehingga berjumpa di INDUKSI skd Jr.


1 comments

M16...18hb Okt 2008


Duel....

Tahniah buat semua Anggota SUKSIS SKD 4, kita semua adalah MAN & WOMEN makes MARVEL...
( Apa Yang Penting & Berharga adalah Pengalaman untuk dijadikan Pedoman dalam Mengharungi Segala Pancaroba Kehidupan )
Syukur, Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar.


Wajah-wajah kepenatan sebenarnya...sampai ada yang tertidur sebab menunggu giliran menembak. Bagi yang dah selesai menembak, ada yang terus lena dengan amannya, walaupun bising dengan bunyi tembakan M16.


Penantian sesuatu yang memenatkan. Kesabaran menguji fizikal dan mental.
Apa-apa pun yang terjadi, masih terukir senyuman.


Ada Senyuman dalam gementar, sebelum menembak M16.
Pengalaman yang akan dikenang seumur hidup.
4 comments

Suksis Aidilfitri 2008 FSSR AD


Sweet Memories together with...


From ZERO to HERO


AlHafiz,Hisham,Jit,Darus,Sazali,Amir,Mubin,Syuk,My Brother,Shah
Luqman,En.Khalid,Budi,Aidil,Din,Mat Nor
Amir II,Adan, Nik, Nuar, Khai
Mat, Mirul, Abot, Amer.


Ladies Time...skd 4 Suksis


Bergambar bersama En.Khalid dan En.Rahmat


Macam-macam gaya...
hari gembira untuk semua anggota Suksis


Hero-hero Suksis Skuad 4...
muka-muka dah kenyang makan kuih raya
Paling macho skali En.Khalid kami yang ada di tengah (baju batik biru)

All 5 One...
Nora,Umai,Farah,Me&Ina

Me & Farahana



2 comments

Salam AidilFitri


Selamat Hari Raya

Seikhlas kata kukirimkan Setulus hati kulampirkan Iringan takbir kebesaran Memohon keampunan Seikhlas kata kukirimkan Setulus hati kulampirkan Iringan takbir kebesaran Memohon keampunan Memohon ampun maaf dipinta Menggunung kesalahan yang ada Agar berpanjangan muhibbah mesra Di hari mulia Halal di halal sesama kita Menghening jiwa Menghulur tangan ikatan mesra Tanda hati setia Selamat hari raya
0 comments

Malam Lailatul Qadar Anugerah Teristimewa


Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

Ummah diminta pertingkat ibadat 10 malam terakhir Ramadan untuk ganjaran berganda

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah (SWT) SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah (SWT) yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah (SWT) SWT pada malam itu dan Allah (SWT) menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah (SWT) pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah (SWT) memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah (SWT) akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed, berkata malam lailatul qadar adalah anugerah utama Allah (SWT) SWT khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW saja malah berlaku pula hanya pada Ramadan dan tidak pada bulan lain.

Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah (SWT) SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah (SWT) SWT terhadap baginda, Allah (SWT) SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.

Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah (SWT) SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?

Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.

Selepas kerap ditanya sahabat, Allah (SWT) SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.

Selepas menerima wahyu daripada Allah (SWT) SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.

Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah (SWT),” katanya.

Roslan berkata, kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.

Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah (SWT) hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.

Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah (SWT) SWT.

Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.

Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.

Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.

Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah (SWT) dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.

Sikap syukur kepada rahmat Allah (SWT) akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah (SWT).

0 comments

Pejabat KOR SUKSIS Dalam Kenangan


Sempat bergambar bersama Jurulatih Skuad (4) saya, Sarjan Abdul Khalid Bin Walid dan rakan-rakan seanggota.



Bahagian Luar Pejabat Lama Kor Suksis (Dalam Kenangan)



Dalam pejabat Kor Suksis UiTM Shah Alam
0 comments

Pejabat KOR SUKSIS Dalam Kenangan


KOR SUKSIS( Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi UiTM ditubuhkan di UiTM adalah untuk dijadikan salah satu instrumen dalam ko-kurikulum pelajar UiTM bagi membentuk sahsiah dan pembangunan mahasiswa sebagai pelapis pemimpin dimasa hadapan yang mempunyai peningkatan disiplin diri yang tinggi, mewujudkan semangat patriotik, jati diri dan mempunyai nilai-nilai murni yang baik disamping memberi pengetahuan serta kefahaman mengenai fungsi PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan negara.


  • Kini Pejabat Kor Suksis telah berpindah ke bangunan Kolej Kenanga .Segala aktiviti dan urusan atau ingin mendapatkan maklumat mengenai Kor Suksis UiTM Shah Alam adalah di bangunan kolej Kenanga berdekatan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Harap maklum...
0 comments

fLavOr Of LiFe



Arigatou to kimi ni iwareru to nandaka setsunai
sayounara no ato no tokenu mahou awaku horonigai
The flavor of life

tomodachi demo koibito demo nai chuukan chiten de
shuukaku no hi wo yumemiteru aoi furu-tsu
ato ippo ga fumidasenai sei de
jirettai no wa nande?

arigatou to kimi ni iwareru to nandaka setsunai
sayounara no ato no tokenu mahou awaku horonigai
The flavor of life

amai dake no sasoi monku ajike no nai doku
sonna mono ni wa kyoumi wa sosorarenai
omoitoori ni ikanai toki datte
jinsei suteta mon janai tte

doushita no? to kyuu ni kikareru to "uun. nandemo nai"
sayounara no ato ni kieru egao watashi rashikunai
sinjitai to negaeba negau hodo nandaka setsunai
"aishiteru yo" yori mo "daisuki" no hou ga kimi rashii janai?
The flavor of life

wasurekakete ita hito no omoi wo totsuzen omoidasu koro
furitsumoru yuki no shirosa wo omou to sunao ni yorokobitai yo

daiyamondo yorimo yawarakakute atatakana mirai
teni shitai yo kagiri aru jikan wo kimi to sugoshitai
"arigatou" to kimi ni iwareru to nandaka setsunai
sayounara no ato no tokenu mahou awaku horonigai
The flavor of life


*****


When you say thank you to me,
for some reason it hurts,
Like a magic spell that doesn’t
get undone even after the good bye.
the faintly burning pain.
The flavor of life

Neither friends nor lovers, in uncertain terms
like an un-riped fruit dreaming about the day of harvest
because of being unable to just move one more step forward
It’s just so frustrating

When you say thank you to me,
for some reason it hurts,
Like a magic spell that doesn’t
get undone even after the good bye.
the faintly burning pain.
The flavor of life

Sweet talk and tasteless conversations.
i have no interest in them
even when things do not go the way I want them
you make me believe that there is still something in life

When asked ‘ whats wrong?’
I answer ‘its nothing’
The smile that disappears after goodbye
I’m not like myself anymore

The more i wish to believe in you,
For some reason it hurts even more
‘i like you’ instead of ‘i love you’ is more like the person I knew
the flavor of life

I wish I could cherish the white color of the falling snow like I used to
by the time I would remember the scent of the person I’ve nearly forgotten

A future tender and warmer than a diamond
i want to grasp it, in this limited time we have, i want to live it with you
when you say thank you to me,
for some reason it hurts,
Like a magic spell that doesnt
get undone even after the good bye.
the faintly burning pain.
The flavor of life
0 comments