(IKIM)Institut Kemajuan Islam Malaysia
SETIAP tahun ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Kolej Matrikulasi mengikuti pelbagai program pengajian pada peringkat diploma dan ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini. Namun di sebalik kejayaan anak-anak ini, pelbagai cerita tidak enak didengar. Ada mahasiswa ponteng kuliah, tidak menghormati pensyarah, merokok, dadah, suka berfoya-foya. Ada mahasiswi hanya bertudung ketika di kampus tetapi tidak di luar. Kebanyakan mereka yang bermasalah ini adalah Melayu Islam. Ada yang sudah tidak mendengar nasihat ibu bapa, menganggap diri sudah besar dan angkuh dengan status sebagai mahasiswa. Mempunyai sikap keras kepala, tidak menghormati orang tua, dan sudah pandai menipu keluarga bila ditanya mengenai kehidupan di kampus. Malah ada yang terjebak dengan jenayah. Mengapa perkara ini berlaku?
Jika ditinjau bangsa lain seperti pelajar Cina dan India yang berada di IPT, mereka amat menghargai serta tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi. Mereka tekun belajar, menumpukan sepenuh perhatian, tidak suka membuang masa, menubuhkan kumpulan belajar masing-masing, rajin bertanya pensyarah dan rajin mencari rujukan tambahan berbanding pelajar Melayu. Hari ini kita lihat ramai orang Islam yang mengamalkan agama Islam hanya setakat bersembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Agama hanya dilihat sebagai perbuatan yang perlu dilakukan sedangkan agama Islam adalah suatu cara hidup yang perlu diterapkan dalam kehidupan. Mungkin sebab itu kita lihat mahasiswa kurang agamanya dari segi sikap dan tingkah laku. Ibu bapa dan pendidik juga perlu bekerjasama bagi memastikan banyak bahan bacaan berunsur agama dekat dengan remaja. Anak muda lebih gemar membaca majalah hiburan, berita sensasi artis, serta bahan bacaan ringan yang tidak memerlukan berfikir. Remaja Islam perlu didedahkan dengan watak Salahuddin al-Ayubi, Abdul Rahman bin Auf, contohnya.
Umat Islam juga kurang berfikir. Mereka hanya menerima ilmu namun kurang berfikir, mentafsir serta memahami apa yang dibaca. Akibatnya timbul ‘budaya kakak tua‘ yang hanya meluahkan saja apa yang dipelajari tanpa mengemukakan pendapat sendiri. Budaya ini amat ketara di IPT. Kebanyakan mereka ini amat suka pensyarah yang menyuapkan segala maklumat kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mencari bahan. Apabila kurang berfikir maka mereka mudah terikut-ikut. Ini mungkin kerana didikan ketika kecil, kita selalu dilarang oleh orang tua-tua untuk banyak bertanya sedangkan pakar kanak-kanak mengatakan anak sepatutnya digalakkan bertanya. Soalan yang ditimbulkan anak menunjukkan mereka sedang berfikir dan ia suatu proses yang positif. Sebagai orang Islam kita digalakkan bukan hanya membaca al-Quran tetapi memahami isi kandungannya. Apabila faham maksud ayat barulah boleh berfikir dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Tetapi masyarakat membaca al-Quran hanya untuk khatam dan mengadakan majlis besar-besaran; ataupun untuk mendengar suara paling merdu apabila membaca al-Quran. Cabaran dari luar terhadap remaja juga tidak kurang hebatnya. Mereka ‘diserang’ dari semua arah, media elektronik dan cetak. Anak terdedah dengan pelbagai budaya di luar batasan agama umpamanya televisyen memaparkan wanita tidak bertudung dengan fesyen pakaian mengghairahkan serta adegan bergaduh dan hasad dengki.
Paling malang semua pelakon adalah orang Melayu Islam. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan remaja menyemai fikrah Islam sebenar? Ramai mahasiswa hari ini lebih bertumpu kepada soal mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat belajar. Mereka lebih memikirkan hal pangkat, jawatan dan tangga gaji. Tidak guna segulung ijazah jika sikap dan perangai tidak mempamerkan nilai murni seorang Islam. Penulis adalah Pegawai Penyelidik,
Paling malang semua pelakon adalah orang Melayu Islam. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan remaja menyemai fikrah Islam sebenar? Ramai mahasiswa hari ini lebih bertumpu kepada soal mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat belajar. Mereka lebih memikirkan hal pangkat, jawatan dan tangga gaji. Tidak guna segulung ijazah jika sikap dan perangai tidak mempamerkan nilai murni seorang Islam. Penulis adalah Pegawai Penyelidik,
*Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM). Oleh Mastura Mohd Zain
1 comments:
askum,
btul2,saya sokong.
bdk2 skrng nk enjoy je,ape2 pn ilmu penting utk pembangunan ummah.
trimas for sharing
Post a Comment